16 July 2014

Reminder


Makna bacaan doa antara dua sujud dalam solat

Kadang2 kita lupa.....

Tak salah kita memperingati sesama kita

Wallahualam

05 July 2014

Resepi nasi ayam madu mudah

Hai ...salam ramadhan 

Hehe td semua cam malas nak masak untuk bebuka..so ingat nak buat lauk simple je la.. Sup ayam+Telur dadar...tapi hehe tapiii...tetiba kita tingat kat feveret kesygn..nasi ayam hehe...last minit decide nk wat nasi ayam(ghinduu kot;p)... Kelam kabut kita pun search resepi kat tenet,jumpa la link blogger ni..cam senang jer.. Penah buat dah dlu2..skang da lupa..thank u si manis,for sharing resepi;))

http://kasihaleeya.blogspot.com/2013/07/resepi-nasi-ayam-simple-tapi-sedap-buka.html?m=1

So step by step kita follow..tapi ada la jugak kita tak follow bulat2...sebab nak cepat haha almaklum r dah nak kul6 baru nak start masak td hahaha...

Yang lagi lawak...time nak rebus ayam tu, garam habis kot..kami lupa nak beli yang baru..padahal semalam dah tau abis..arini hari sabtu, semua cam malas nak kua rumah...disebabkan terpaksa jugak la saya start engine kereta..pergi kedai runcit berdekatan haha..masa otw pergi kedai tu..dalam kepala tingat cerita P.Ramlee yang dia bagi pak mertua garam gula tu untuk birthday;p haha..baru tau pentingnya garam gula dalam kehidupan..kena ada masin manis pahitkan..kalau tak bukan "life" la namanya ;))

Disebabkan hal yang demikian..terlambat sikit laa masak nasi ayam tu, yang lauk semua settle kejap jer...so kami bebuka dengan kurma dulu..pas solat maghrib,kami balunnn~~ ;p

Tadaaa!
Tapi kannn.. Tak sempat nak buat part sos tu..haha last minit nya projek

Ayam dah rebus ni peram ngan sos tiram+Sedikit halia(cincang halus)+madu.. lam 20-30min..kemudian, goreng kejap






Okay selamat mencuba ;D


P/s: awk..kita msk sendiri laa..bkn beli kat bazar;p hehe



04 July 2014

Resepi untuk berbuka puasa part1

Okay harini nak share resepi untuk lauk pula..sebenarnya ruang ni akan jadi rujukan utk tuan punya blog bila nak masak2 next time..sbb saya pun bukan reti mana nak masak..cuma ada rasa minat and nak cuba masak;P ..masak ni bagi saya antara nak atau taknak je, kamu nak masak seribu daya..sekarang google jer yunk...senang!.taip jer apa yang kamu nak makan..sekelip mata~~poofff! keluar resepi..;p hehe kalau tak cuba buat..mana la nak pandaikan?;))... Okay bebuka puasa hari ni (5 ramadhan), saya amik turn masak.. So tetiba mai rasa nak makan udang masak lomak cili padi dan ayam masak merah;).. Meh try buat!


Resepi udang masak lemak cili padi

Bahan-bahan:

20 ekor udang (size medium)

10-15 tangkai cili padi dikisar(atau tumbuk pon boleh, kalau rase nak pedas lagi boleh laa kamu tambah lagi..biar menangis siap bila makan)

2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

2 biji bawang besar (ditumbuk halus ataupun blend je skali dgn bawang besar+ cili padi+bawang putih)

1 btg serai diketuk ( jangan bagi hancur;p, just 2 3 kali ketuk guna pisau atau lesung batu jer )

2 sudu kecil Serbuk kunyit (nak guna kunyit hidup boleh jugak)

1 paket santan segar (atau 1 kotak santan dalam kotak laaa haha ;D)

Garam secukup rasa

1/2 biji tomato dikerat empat bahagian (ni optional, taknak letak pun tak ape)

Cara-cara buat:

Mula2 tuangkan santan ke dalam periuk (jangan hidupkan api lagi). Masukkan cili padi, bawang putih, bawang besar, serbuk kunyit dan serai ke dalam santan tadi. Kalau rasa2 tak cukup kuning tu?, tambah la kunyit skit lagi hehe

Kacau sehingga bahan2 dah sebati, pastu hidupkan api yang perlahan/kecil jer..dan kacau constantly..supaya santan tu sebati tak la pecah2;p

Masukkan tomato dan garam secukup rasa(kacau lagi tau! Sapa suruh brenti hehe)...then tunggu sampai mendidih dan wallaa! Dah siap! 

Kalau nak sedap lagi, letakkan hirisan daun kunyit ke..nak tambah kacang panjang pun boleh ;) .... Hehe


NEXT is ayammmmmm..... 


*gambo snap lelaju sebab housemate dah ready nak makan yer yob;p hehe*

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:

5-6 ketul ayam (dah basuh,rendam jap dalam air yg letak asam jawa skit, then toskan)
5sudu besar lada giling
3ulas bawang putih dikisar
3biji bawang besar dikisar
1-2keping asam keping(nak guna asam jawa pun boleh)
Minyak masak
Sos cili
Kicap

Untuk hiasan* hirisan mayang bawang besar+lada+1/2 biji tomato yg dikerat empat(tomato lebih drp resepi kat atas;p)

Cara-cara buat:

Mula2 panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang putih sampai naik bau

Tambahkan bawang merah dan lada giling hingga baunya membuatkan kamu tak tahan nak bersin..jangan bersin kat ayam yer..pergi jauh skit sleeq kata hahaha *suka hati jer, tukar lirik;p* 

Pastu masukkan ayam dan tambah sedikit air.campakkan asam keping kedalam kuah..masukkan sos cili dan sedikit kicap..gula dan garam secukup rasa...ikut lidah kamu la macammana rasa sedapnya;p

Pastu biarkan mendidih sampai ayam empuk(da masak)..kalau nmpak kuah da nak kering tapi ayam xmasak lagi..tambah la air sikit.

Bila ayam dah masak dan kuah da pekat..tutup api.pastu campak la hirisan tomato,bawang besar dan lada tadi..gaul bagi rata..dah siapp;) ...dah boleh makan

Tapi jgn lupa baca doa makan dulu;) selamat berbuka puasa hehe

03 July 2014

Resepi aglio olio mudah


Hi ;) ...ni resepi aglio olio semudah 143 jer...sekarang dah masuk bulan ramadhan ni semua pening2 tak tahu nak masak apa untuk sahur ke berbuka ke kan..so resepi ni nak membantu sesiapa yang rasa perlu dibantu..resepi ni untuk orang2 bujang la kot..yang berfamili pun boleh tapi ikut perut memasing la leh tak sahur ngan spegeti hehe...okay tanpa melengahkan masa..jap g nak sahur dah kan;p ..jum try~


Resepi masakan Spaghetti Aglio Olio yang sedap(kalau tak sedap,korang buat sampai sedap haha) dan mudah.

Bahan-bahan:


spaghetti di celur dgn sedikit garam dan butter..tambahkan sedikit minyak masak(supaya spegeti tak melekat)

2 sudu besar minyak masak(kalau kau ado minyak zaitun gunalah minyak zaitun tanpa waswas)

4 ulas bawang putih yang ditumbuk halus

3 ketul sosej dihiris halus (kalau nak ganti ngan protein lain pon boleh, udang ke, daging lembu yg slice tu ke(beef bacon), ade gak org guna ikan bilis/kepah/lala dan sebagainya...tengok je la dalam peti anda, ape yg ade, balun je hehe)

1/4 kiub ayam knor

2-3 lada/cili besar (kalau korang ade chili flakes lagi bagus)

1 sudu besar serbuk daun parsley(atau italian herbs yg ready made tu)

garam dan lada hitam secukup rasa untuk perasa

Cara-caranya: 

1.panaskan minyak masak dan masukkan sosej yg telah dihiris halus.Bila dah nampk sosej kemerahan,masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.

2. Masukkan lada yg dicincang dan kiub knor..Gaul sama rata(perlahankan api) 

3. akhir skali masukkan spaghetti,garam,lada hitam dan daun parsley yang di cincang dan kacau hingga rata.

kalau spaghetti nampak kering boleh di gaul kan dgn mnyak masak sedikit tidak perlu risau...kalau guna minyak zaiton lagi bagus untuk kesihatan sebab takde kolestrol..tapi sebab duduk umah bujang, xde la saya nak ado minyak zaiton bagai;p 

K dah siap! Tadaaa! 

Selamat mencuba! 

Selamat bersahur dan berpuasa..jgn tak puasa taw! ;p




Sekadar peringatan..alang-alang dah 2/3 malam nih..paling2 'mim alif lam alif sin' pun.. buat la solat sunat 2rakaat;)..alquran jgn lupa.. K ;)




30 January 2014

Taken

Cinta. Tak cari tapi jumpa;) ... Alhamdulillah, 
Setiap apa yg diberi ada hikmahnya.. Baik atau buruk..
Sentiasa doakan yg terbaik..
Walau apa yg bakal terjadi..
Tetap akan bersyukur dengan senyum dan tawa yang ak dpt utk hari2 ini;) 
Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget